Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Treler muatan bahan kimia terhumban ke laut dalam nahas di Linkedua Johor

Jul 25, 2025 | 12:51 PM
Nahas, treler muatan bahan kimia terhumban ke laut,  Linkedua Johor
Salah satu daripada dua treler yang terbabit dalam kemalangan di Jambatan Linkedua, Kilometer 0.8 Lebuhraya Plus, dari Singapura ke Johor, pada petang 24 Julai. - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

ISKANDAR PUTERI (Johor): Sebuah treler dengan muatan bahan kimia dilaporkan terhumban ke laut dalam kemalangan di jambatan Linkedua, Lebuhraya Plus, dari Singapura ke Johor, pada petang 24 Julai.

Sebelum kejadian, treler membawa muatan bahan kimia itu dilaporkan sedang berhenti di bahagian kiri jalan akibat kerosakan tayar sebelum dilanggar treler lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya M Kumarasan, berkata kedua-dua pemandu treler yang terbabit dalam kejadian itu cedera ringan.

“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat treler yang membawa muatan ISOtank (kontena ISO) meletakkan kenderaan di bahagian kiri jalan kerana mengalami kerosakan di bahagian tayar.

“Datang sebuah lagi treler dari arah belakang melanggar bahagian belakang sebelah kanan sehingga menyebabkan treler tadi terbabas dan kontena ISO yang dibawa terjatuh ke dalam laut,” katanya menerusi satu kenyataan media, lapor portal berita Buletin TV3.

Tangki kontena ISO – atau lebih dikenali sebagai ISO tank ialah kontena khas yang dibina mengikut piawaian antarabangsa (ISO) untuk mengangkut cecair dan gas secara pukal.

Menurut Datuk Kumarasan, pihaknya masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Encik Mohd Faiz Suleiman, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang dipercayai tumpahan bahan kimia itu pada 5.41 petang, 24 Julai.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian mendapati berlaku kemalangan dua treler yang mana satunya membawa muatan bahan kimia jenis, Propylene Glycol, manakala satu lagi dengan muatan bahan kimia, Sodium Hypochlorite.

“Muatan bahan kimia, Propylene Glycoltreler, didapati telah jatuh ke dalam laut dari atas jambatan, manakala muatan bahan kimia satu lagi tidak mengalami kebocoran.

“Malah, tangki muatan bahan kimia yang jatuh ke dalam laut juga dipercayai tidak mengalami kebocoran daripada pengamatan kehadiran buih mahupun kesan minyak di atas permukaan air laut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg