Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pahang pantau ajaran sesat ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’

May 9, 2024 | 12:56 PM
Ajaran sesat yang dikenali sebagai, ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’, atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’, tular di media sosial di Malaysia baru-baru ini.
Ajaran sesat yang dikenali sebagai, ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’, atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’, tular di media sosial di Malaysia baru-baru ini. - Foto BHM

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bekerjasama dengan jabatan agama Islam seluruh Malaysia serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau ajaran, ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’, atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata fahaman ajaran itu dipercayai diketuai seorang individu yang mengakui dirinya sebagai Imam al-Mahdi dan menggunakan gelaran, Abdullah Hashem Aba al-Sadiq.

“Pendeta mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin. Ajaran ini menyeru orang ramai supaya turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi, yang didakwa muncul masa kini.

“Mereka mempercayai penjelmaan semula, juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama, seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw,” kata beliau, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Syed Ibrahim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menyekat laman sesawang dan menurunkan lima kandungan media sosial berkaitan ajaran sesat itu.

“Kita akan terus menjalin kerjasama strategik bersama Jakim, jabatan agama negeri-negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang ajaran itu daripada terus berleluasa,” katanya.

Beliau berkata ajaran itu aktif di pelbagai platform media sosial dan popular melalui penstriman langsung di aplikasi TikTok dengan jumlah pengikut lebih 30,000 dan mempunyai jumlah penonton yang ramai.

Kumpulan itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka.

Datuk Syed Ibrahim berkata antara ciri ajaran sesat Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya ialah percaya pada kewujudan imam 12 (menyerupai kepercayaan mazhab Syiah); percaya bahawa Kaabah terletak di Petra Jordan bukan di Makkah, Arab Saudi; menyokong, mempromosi dan mempertahankan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender); tidak mewajibkan solat dan menutup aurat; dan menghalalkan minuman arak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg