Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PDRM tumpas sindiket jual biskut ganja RM90 sepeket di KL

Apr 22, 2025 | 11:24 AM
Datuk Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis KL, biskut ganja
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (tiga dari kiri), menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas selepas menumpaskan sindiket menjual biskut ganja berharga RM90 sepeket di dalam talian. - Foto KOSMO!

KUALA LUMPUR: Kegiatan licik satu sindiket yang mengedar ‘biskut ganja’ secara dalam talian pada harga RM90 ($27) sepeket terbongkar selepas polis menahan lapan individu termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan, minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak 2024 dan memperoleh bekalan dadah dari Thailand sebelum mengedarkannya secara dalam talian.

Katanya, dalam serbuan pertama sekitar 2.20 pagi pada 16 April lalu, lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 20 hingga 28 tahun ditahan di dua kediaman di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan menjumpai tiga beg berisi ganja mampat seberat 32 kilogram (kg) dan biskut ganja seberat 2 kg,” katanya pada sidang akhbar, lapor Kosmo!.

Menurut Datuk Rusdi, susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki di hadapan sebuah kediaman di Jalan Duta, Kuala Lumpur, kira-kira 2.10 petang, 17 April.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui satu kotak mengandungi biskut ganja seberat 7 kg. Keseluruhan rampasan dengan nilai pasaran dianggarkan RM105,000,” katanya.

Jelasnya, ujian saringan awal air kencing mendapati lima suspek positif ganja, manakala dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam pada itu, operasi kedua pada 18 April lalu pihaknya menyerbu sebuah pusat hiburan di Kepong Baru dan berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun.

“Suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak Mac lalu dan menyembunyikan bekalan dalam almari di premis tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Rampasan melibatkan pelbagai jenis dadah bernilai RM40,000,” katanya.

“Lima daripada enam suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin, manakala seorang wanita warga Vietnam negatif.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam kedua-dua operasi ini dianggarkan boleh menampung penggunaan 100,000 penagih pada satu masa,” katanya.

Sementara itu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas tiga jenis dadah bernilai hampir RM2.5 juta yang cuba diseludup masuk menggunakan perkhidmatan kurier dalam tiga serbuan berasingan.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah, Encik Saidin Jalaluddin, berkata dadah yang dirampas termasuk 71.7 kg methamphetamine, 434 gram ketamine dan 15.357 kg ganja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg