Pelajar maut tercampak dalam lubang pembetung di N Sembilan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar maut tercampak dalam lubang pembetung di N Sembilan

Feb 3, 2026 | 2:51 PM

Pelajar maut tercampak dalam lubang pembetung di N Sembilan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Negeri, Sembilan, maut, terjatuh, lubang pembetungan
Anggota bomba membantu operasi mengeluarkan mangsa kemalangan yang terjatuh ke dalam lubang pembetungan dalam pembinaan di Tampin, Negeri Sembilan, pada malam 2 Februari. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

TAMPIN (Negeri Sembilan): Perjalanan pulang dua beradik daripada menjamu selera bertukar tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam lubang pembetungan yang sedang dalam pembinaan dekat Jalan Bunga Tanjung di Tampin, Negeri Sembilan, pada malam 2 Februari.

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang juga pelajar menengah dua menaiki sebuah motosikal bersama abangnya yang berusia 17 tahun, dan mereka dalam perjalanan ke rumah kawan di Kuala Ina, Tampin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, berkata motosikal yang dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum ia terbabas dan mangsa tercampak ke dalam lubang sedalam 10 meter itu.

“Kemalangan jalan raya di Jalan Bunga Tanjung membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y100 yang ditunggang seorang remaja berumur 17 tahun bersama adik lelakinya berumur 14 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati penunggang bersama pembonceng dalam perjalanan dari Pekan Tampin menghala ke Kuala Ina selepas selesai makan malam,” katanya dalam satu kenyataan pada 3 Februari, lapor Harian Metro.

Encik Amiruddien berkata apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terus melanggar pembetung yang dalam pembinaan di bahu sebelah kiri jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan pembonceng tercampak jatuh ke dalam lubang pembetung itu. Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba,” katanya.

Encik Amiruddien berkata akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami cedera ringan, manakala pemboncengnya disahkan meninggal dunia kira-kira 11.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tampin.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan diminta menghubungi Balai Polis Tampin,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg