Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar senior varsiti M’sia didakwa cederakan junior guna seterika

Nov 8, 2024 | 5:35 PM
Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Iskandar Norhanizan (tengah), 22 tahun, tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 8 November, atas tuduhan mencederakan seorang junior universiti sama dengan menekap seterika wap panas.
Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Iskandar Norhanizan (tengah), 22 tahun, tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 8 November, atas tuduhan mencederakan seorang junior universiti sama dengan menekap seterika wap panas. - Foto KOSMO!.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Universiti Pertahanan Awam Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 November, atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet junior universiti itu dengan menggunakan seterika wap panas, pada Oktober lalu.

Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan, 22 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata Amirul Iskandar, lapor Kosmo!.

Mengikut tuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Encik Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20 tahun, dengan menggunakan seterika wap yang panas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di blok Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 11.45 malam, 22 Oktober lalu.

Berikutan itu tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 ($4,560) dengan dua penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Tarikh 27 Disember ini ditetapkan sebutan semula kes.

Sebelum ini media melaporkan mangsa ditekap seterika pada bahagian dada, selepas diminta menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan 22 Oktober lalu.

Rakaman percakapan mangsa berusia 20 tahun itu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan mangsa juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg