Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembeli S’pura ke Johor dijangka naik sempena cuti sekolah, Raya

Pada 2024, lebih 17j rakyat S’pura lawat Johor, naik daripada 13j pada 2023
Mar 10, 2025 | 1:00 PM
Bazar di Taman Perling, salah satu daripada lebih 400 bazar di Johor, menjangkakan kedatangan lebih ramai  warga Singapura dalam beberapa hari akan datang.
Bazar di Taman Perling, salah satu daripada lebih 400 bazar di Johor, menjangkakan kedatangan lebih ramai warga Singapura dalam beberapa hari akan datang. - Foto fail

JOHOR BAHRU: Pemain utama pelancongan di Johor menjangkakan lonjakan besar bilangan pembeli dari Singapura sempena ketibaan cuti sekolah di republik itu dan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Pelancongan Johor, Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, berkata berdasarkan statistik Jabatan Imigresen negeri, kira-kira 22 juta warga asing melawat Johor pada 2024 – sebahagian besar mereka adalah warga Singapura.

Pada 2024, lebih 17 juta rakyat Singapura melawat Johor, meningkat daripada 13 juta pada 2023, kata Encik Sharil Nizam.

“Sekarang sudah masuk minggu kedua Ramadan, kami menjangkakan ramai rakyat Singapura, terutama mereka yang menyambut Hari Raya, datang ke sini untuk membeli-belah bagi persiapan perayaan mereka,” katanya, lapor The Star.

Encik Sharil Nizam menambah bahawa dengan lebih 400 tempat bazar Ramadan dan Hari Raya di sekitar Johor, ia pasti akan menarik kedua-dua penduduk tempatan dan Singapura.

“Kami menjangkakan untuk melihat lebih ramai orang ramai di bazar dan pusat beli-belah di sini. Malah, kami dimaklumkan ramai warga Singapura sudah mula mengunjungi Angsana Mall di Johor Bahru, yang menjadi destinasi kegemaran untuk membeli biskut dan barangan lain sebagai persiapan Hari Raya,” ujarnya.

Encik Sharil Nizam menjangkakan trend itu akan berterusan sehingga menjelang Hari Raya.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia bahagian Johor, Encik Ivan Teoh, berkata kesesakan lalu lintas di bandar itu pada hujung minggu lalu adalah petanda baik bahawa rakyat Singapura masih datang ke situ walaupun sudah masuk Ramadan.

“Ia tepat pada masanya kerana ia akan membantu meningkatkan perniagaan kerana ia agak perlahan berbanding sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini (29 dan 30 Januari).

“Selepas minggu pertama Ramadan, ramai orang termasuk warga Singapura membeli-belah (di sini) malah berbuka puasa di hotel-hotel sekitar sini sedang mereka sibuk membuat persiapan Hari Raya,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menyatakan mereka yang melakukan perjalanan ke Malaysia harus menjangkakan kesesakan trafik di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands menjelang cuti sekolah Mac dan Hari Raya.

Tempoh cuti sekolah di Singapura adalah dari 14 hingga 24 Mac, manakala tempoh cuti Hari Raya adalah dari 28 Mac hingga 1 April.

ICA menyatakan lebih tiga juta individu melintasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa perayaan Tahun Baru Cina dari 24 hingga 30 Januari, dengan jumlah tertinggi mencapai 521,000 orang pada 24 Januari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg