Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilihan PKR: Nurul Izzah azam bawa kemenangan parti pada PRU16

May 15, 2025 | 11:29 AM
Malaysia, Parti Keadilan Rakyat, PKR, Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari (kiri), bersama calon Timbalan Presiden PKR, Cik Nurul Izzah Anwar, pada Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Shah Alam, Selangor, pada 14 Mei malam. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah Anwar, berazam mahu membawa parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) menerusi beberapa langkah tuntas.

Beliau yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR sesi 2025-2028 berkata antara langkah wajar ialah mengukuhkan hubungan antara rakan komponen dengan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi meningkatkan kepercayaan pengundi selain pemerkasaan wanita dan belia.

“Berilah saya peluang, saya nak pastikan kita tanam rasa cinta sesama kita, rasa sayang sesama kita walau kita berbeza kaum, berbeza agama, berbeza puak, tetapi kita mampu melangkaui sama ada ego, geram dan dendam.

“Maka inilah penentu sama ada kita boleh hidup segar-bugar dalam setahun, dua tahun sampailah 100 tahun lagi,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Cik Nurul Izzah yang juga anak pengasas dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian ketika berucap pada program, ‘Temu Rapat Akar Umbi bersama Nurul Izzah Anwar’, di Shah Alam, Selangor, pada 14 Mei malam.

Pada sidang media selepas itu, Cik Nurul Izzah berkata pada pemilihan kali ini pihaknya lebih menumpukan kepada penganjuran program berimpak tinggi serta menyantuni perwakilan apatah lagi golongan wanita dan muda selain mengurangkan ketegangan.

Dalam masa yang sama, Cik Nurul Izzah turut menolak cabaran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menyeru diadakan debat antara mereka, menjelang pemilihan parti pada 23 Mei dan melihat tiada keperluan untuk ia diadakan.

Menurut Cik Nurul Izzah, langkah itu dibuat semata-mata untuk mengurangkan suasana tegang dalam kalangan perwakilan parti yang sedang membuat pertimbangan dalam pemilihan parti kali ini.

“Kita nak kurangkan ketegangan kerana pada kami, keutamaan untuk menyantuni perwakilan, lebih-lebih lagi kami nak teruskan, macam saya ada program bersama wanita dan anak muda.

“Jadi, saya tak mahu kita tertumpu (kepada debat), ia bukan tentang berpolitik setiap kata, ia mengenai penglibatan dengan cabang kita,” katanya.

Terdahulu, Datuk Rafizi yang juga Menteri Ekonomi mencabar Cik Nurul Izzah untuk berdebat bagi meredakan ‘suhu’ susulan tindakan Cik Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua dalam PKR mewujudkan persepsi bahawa parti itu mengamalkan nepotisme.

Pemilihan Pusat PKR akan diadakan pada 23 Mei di Johor Bahru sempena Kongres Nasional Keadilan 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg