ARAU (Perlis): Polis menahan seorang wanita yang juga pengasuh bayi perempuan berusia lapan bulan yang meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 15 April lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata suspek berusia 35 tahun ditahan pada 16 April, namun dilepaskan dengan jaminan polis pada hari sama.