Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penjawat awam M’sia terima insentif RM2,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penjawat awam M’sia terima insentif RM2,000

Feb 06, 2024 | 01:07 PM



PUTRAJAYA: Penjawat awam di Malaysia akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 ($565) yang akan disalurkan pada 23 Februari ini.


Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak layak menerima insentif awal berkenaan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 6 Februari.


Terdahulu, beliau menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, pada 6 Februari.

Datuk Anwar berkata bayaran Insentif Awal itu akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Pemberian insentif berkenaan diputuskan Kerajaan Madani pada pembentangan Belanjawan 2024 pada 2023.

Menurut beliau, laporan akhir Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka siap dalam tempoh dua bulan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Sementara itu, Datuk Anwar berkata reformasi yang dilaksanakan dalam mengurangkan ketirisan dan meningkatkan tadbir urus, membolehkan kerajaan memperkasa bantuan kepada rakyat.

Datuk Anwar berkata antara peningkatan yang dapat dilihat ialah kenaikan kadar skim subsidi harga padi sebanyak RM500 pada 2023 berbanding RM360 pada 2022, manakala harga lantai belian padi ditambah sebanyak RM100 menjadi RM1,300 berbanding RM1,200 pada 2022.

Katanya, peruntukan bantuan tunai menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut meningkat kepada RM10 bilion pada 2024 berbanding RM8 bilion pada 2023 yang dapat memanfaatkan 9 juta penerima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >