Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis JB buru lelaki acah pukul dengan kayu di EDL

Mar 12, 2025 | 11:40 AM
Seorang lelaki memegang kayu dalam pertengkaran mulut di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru dalam kejadian pada 10 Mac, sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.
Seorang lelaki memegang kayu dalam pertengkaran mulut di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru dalam kejadian pada 10 Mac, sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. - Foto tular NSTP

JOHOR BAHRU: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian pertengkaran yang berlaku di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru, selepas satu video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, berkata siasatan dijalankan berdasarkan rakaman selama 27 saat yang memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang lagi individu dalam kenderaan lain sebelum mengacah mahu memukulnya dengan kayu.

“Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak bertikam lidah dengan seorang lelaki lain. Berdasarkan video, suspek dilihat mengugut mangsa dengan kayu.

“Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Mac, lapor Harian Metro.

Video dimuat naik di media sosial pada 10 Mac dan kejadian dipercayai berlaku ketika jalan raya sesak. Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg