Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis M’sia siasat kes ‘Datuk Wira’ tipu RM1b

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia siasat kes ‘Datuk Wira’ tipu RM1b

Nov 09, 2023 | 01:42 PM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan siasatan berkaitan kes seorang lelaki bergelar ‘Datuk Wira’ yang didakwa menipu ratusan pelabur dengan kerugian dianggarkan mencecah hampir RM1 bilion ($0.29 bilion).


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pasukan siasatan itu ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Beliau berkata polis juga telah membuka kertas siasatan kes berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Kita kena siasat dulu dakwaan bahawa ‘Datuk’ itu dilindungi oleh seorang ‘Tan Sri’. Bila maklumat yang bukan kita keluarkan, kita kena siasat, kita nak sahkan berita dan maklumat itu benar.

“Kalau dia kata cakap dilindungi oleh ‘Tan Sri’ ke ‘Perdana Menteri’ ke kita kena siasat. Tak boleh terus-terus buat kesimpulan sebab maklumat itu bukan datang dari saya atau JSJK sendiri.

“Memang kita dah minta untuk siasat, kertas siasatan sudah dibuka,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper) yang juga seorang mangsa, Encik Shah Abdul Malek, pada Selasa mendakwa setakat ini ratusan individu dan syarikat korporat menjadi mangsa kepada individu bergelar ‘Datuk Wira’.

Katanya, individu terbabit bersama seorang rakan perniagaan bergelar Tan Sri, yang didakwa berpengaruh dalam pihak berkuasa, turut menipu pegawai kerajaan, golongan profesional seperti doktor, pelabur antarabangsa dan rakyat.

Beliau mendakwa setakat ini rantaian penipuan mereka mencecah hampir RM1 bilion termasuk pelaburan yang dibuat oleh seorang usahawan dari Britain berjumlah hampir RM60 juta.

Lelaki terbabit didakwa menipu ratusan pelabur dengan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.

Encik Shah mendakwa individu berkenaan pada awalnya memberi jaminan pulangan yang tinggi sehingga 6 peratus setiap bulan bagi wang yang dilaburkan.

Namun, dalam tempoh beberapa bulan, individu berkenaan tidak membayar pulangan dijanjikan, malah membuat ugutan akan melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung punca kewangan pelaburnya yang melabur sehingga jutaan ringgit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >