Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis selamatkan 3 lelaki Indonesia dikurung setahun di P. Pinang

Jun 12, 2025 | 2:54 PM
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad. - Foto NSTP

GEORGETOWN (Pulau Pinang): Polis Malaysia menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia yang dikurung hampir setahun di sebuah kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh, Georgetown, Pulau Pinang, pada 10 Jun.

Difahamkan, laporan polis dibuat seorang lelaki yang datang dari Aceh, Indonesia, bagi mencari saudaranya yang hilang tanpa jejak sejak datang ke Malaysia, sekitar Jun 2024.

Ketiga-tiga mangsa itu dipercayai dikurung di rumah berkenaan dalam keadaan kaki mereka diikat menggunakan rantai besi pada jeriji tingkap, lapor Berita Harian Malaysia.

Semua mangsa dikatakan tidak mengenali antara satu sama lain, selain pasport mereka dipegang oleh seorang suspek atas alasan bagi mendapatkan pekerjaan.

Seorang daripada mangsa dikatakan sempat menghantar lokasi keberadaannya sebelum pengadu datang membuat laporan polis.

Difahamkan polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu termasuk mengenal pasti motif semua mangsa dikurung serta penglibatan suspek lain.

Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kes dan tangkapan berkenaan

Menyusuli penemuan mangsa, empat individu termasuk wanita warga asing ditahan reman selama empat hari sehingga 14 Jun untuk membantu siasatan kes.

Perintah reman terhadap semua suspek yang berusia antara 40 hingga 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlan Basri di Mahkamah Majistret Georgetown, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg