Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan M’sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan M’sia

Feb 27, 2026 | 1:25 PM

Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan M’sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Polis, siasat, kerajaan, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail
Ketua Polis Malaysia, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. - Foto fail

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan sabotaj kestabilan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan itu menumpukan kepada dakwaan penglibatan seorang tokoh berpengaruh negara yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa untuk melaksanakan rancangan itu.

Siasatan itu, jelas beliau, susulan laporan polis yang diterima pada 26 Februari.

“PDRM mengesahkan menerima laporan polis pada 26 Februari dan sedang menyiasat dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa,” katanya dalam kenyataan pada 27 Februari.

Datuk Mohd Khalid berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Seksyen itu menyentuh cubaan, secara langsung atau tidak, yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Jika sabit kesalahan, katanya, pihak terbabit boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Tanpa mendedahkan agensi media dan individu itu, Datuk Mohd Khalid, mengingatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.

Dalam kenyataan berasingan, Datuk Mohd Khalid turut memaklumkan tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor, pada 27 Februari, berhubung kes kematian kadet Palapes Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin.

Menurutnya, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap tiga pegawai angkatan tentera Malaysia itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Allahyarham Syamsul Haris, 22 tahun, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai 2025, selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor, dengan punca kematian didakwa akibat kecederaan leher.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki wujud unsur jenayah dalam kematian Allahyarham yang dikebumikan pada 29 Julai, kemudian menuntut kubur Syamsul Haris digali semula, bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dan siasatan lebih terperinci dibuat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg