Topic followed successfully
Go to BHku4 direman bantu siasatan rasuah RM5j bagi projek penyelidikan
4 direman bantu siasatan rasuah RM5j bagi projek penyelidikan
Suspek termasuk 2 pensyarah institusi pengajian tinggi swasta
4 direman bantu siasatan rasuah RM5j bagi projek penyelidikan
IPOH: Empat individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara Malaysia, direman empat hari bermula 8 April, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5 juta ($1.6 juta).
Perintah reman hingga 11 April itu dikeluarkan Majistret S Punitha selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, tiga lelaki dan seorang wanita yang berpakaian lokap SPRM tiba di mahkamah pada 10.05 pagi, sebelum dibawa keluar dengan kenderaan SPRM sekitar 11.45 pagi, lapor laman web Harian Metro.
Pada 7 April, media Malaysia melaporkan tangkapan suspek dilakukan di pejabat SPRM Perak antara 2 dengan 5 petang, yang turut membabitkan seorang pegawai syarikat minyak serta seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang berusia dalam lingkungan 40-an tahun.
Sumber memaklumkan wang suapan itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu beberapa syarikat mendapatkan projek penyelidikan dan membabitkan penyelewengan dana penyelidikan IPTS berkenaan.
Menyusuli penahanan itu, SPRM membekukan 70 akaun bank yang mempunyai baki keseluruhan berjumlah RM8.5 juta dan menyita tujuh kenderaan bagi siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati kegiatan itu dipercayai berlaku antara 2019 dengan 2025.
Pegawai dan pengarah syarikat dijadikan proksi kepada kedua-dua pensyarah IPTS terbabit untuk menerima rasuah.
“Kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu dan kedua-dua pensyarah itu menerima wang rasuah secara tunai dan transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing,” kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

