Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Remaja ditahan selepas tular gambar pegang senjata api

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Remaja ditahan selepas tular gambar pegang senjata api

Mar 04, 2024 | 12:19 PM



KOTA KINABALU: Polis menahan seorang remaja lelaki selepas tular gambar menunjukkannya menggunakan alat menyerupai senjata api di tingkap blok sebuah kondominium di Jalan Kayu Madang di sini.

Suspek berusia 15 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di rumahnya di kondominium berkenaan pada 5.36 petang 2 Mac.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Penolong Pesuruhjaya Mohd Zaidi Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai gambar tular di kumpulan WhatsApp menunjukkan seorang remaja menggunakan alat menyerupai senjata api di tingkap kondominium di Jalan Kayu Madang.

Katanya, susulan itu, sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan menemui satu laras senjata api tiruan menyerupai AK47 dan sepucuk pistol tiruan.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatannya pada 9 pagi Sabtu lalu (2 Mac) bertempat di tangga, dengan menggunakan senjata api terbabit untuk menembak ke arah beberapa objek yang dijadikan sasaran.

“Suspek juga mengaku membeli dua senjata api tiruan di sebuah kedai di bandar raya ini dengan harga RM158 ($44.9) dan RM54,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia pada 4 Mac.


Encik Mohd Zaidi berkata bertindak atas maklumat itu, pasukan polis membuat serbuan di kedai menjual senjata api tiruan di sebuah kompleks beli-belah di sini.

“Sejumlah senjata tiruan dirampas dan menahan seorang lelaki dan wanita berusia 15 dan 19 tahun yang bekerja di premis berkenaan.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >