Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serang warga S’pura di Johor: Polis tahan suspek kedua

Feb 5, 2025 | 1:49 PM
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki warga Singapura diserang dengan parang dekat sebuah rumah di Kampung Tengah, Kluang, Johor, pada 31 Januari lalu.
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki warga Singapura diserang dengan parang dekat sebuah rumah di Kampung Tengah, Kluang, Johor, pada 31 Januari lalu. - Foto tangkap layar MALAYSIAGAZETTE

KLUANG: Polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes simbah cat dan pecah cermin kereta di sebuah rumah dekat Kampung Tengah, Kluang, Johor, pada 31 Januari lalu, hingga menyebabkan seorang lelaki warga Singapura cedera dipercayai akibat ditetak dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Bahrin Mohd Noh, berkata lelaki berusia 31 tahun itu merupakan suspek kedua daripada tiga lelaki yang terbabit dalam serangan pada 5.30 pagi itu.

Dalam insiden itu tiga suspek terlibat dan suspek pertama iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun berjaya ditahan, manakala dua lagi berjaya melarikan diri sebelum usaha mengesan mereka giat dilakukan.

“Hasil daripada pengesanan itu, suspek kedua yang dipercayai salah seorang yang berjaya melarikan diri telah ditangkap di tepi Jalan Tangkak, Taman Durian Tunggal di Durian Tunggal, Melaka pada 2.30 pagi, 4 Februari.

“Hasil soal siasat, kededua tangkapan itu mengaku telah diajak seorang lagi suspek yang masih bebas untuk melakukan kerja baling cat dan pecah cermin kereta di rumah mangsa pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan pada 5 Februari, lapor MalaysiaGazette.

Menurut Encik Bahrin lagi, suspek yang masih bebas berjanji akan membayar upah kepada kededua suspek yang telah ditangkap sebanyak RM5,000 ($1,528) apabila kerja selesai.

Beliau berkata semakan turut mendapati suspek kedua yang tidak bekerja itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek ditetapkan sehingga 6 Februari untuk membantu proses siasatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Encik Bahrin.

Media Malaysia sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga Singapura yang menemani isterinya pulang ke kampung halaman di Malaysia untuk menyambut Tahun Baru Cina, cedera akibat mempertahankan diri selepas rumah mereka di Kluang diserang pada 31 Januari lalu.

Individu terbabit bertindak membakar mercun dan menyimbah cat di luar rumah serta memecahkan tingkap dua kereta mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg