Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM tahan Adun Sabah disyaki terima rasuah RM200,000

Jun 19, 2025 | 12:15 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah disyaki terima rasuah RM200,000.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah disyaki terima rasuah RM200,000. - Foto SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 ($60,429) membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah.

Sumber SPRM berkata kedua-dua suspek lelaki bergelar ‘Datuk’ berusia lingkungan 30 dan 60-an tahun itu ditahan kira-kira 9.45 dan 11.50 pagi pada 18 Jun.

Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah dan juga di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kedua-dua mereka disyaki melakukan perbuatan itu sekitar 2023 dan 2024, lapor Astro Awani.

Tambah sumber, siasatan awal juga mendapati kededua suspek disyaki saling meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM200,000 antara satu sama lain, bagi membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di Sabah.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua orang penjamin.

Manakala seorang lagi suspek iaitu Adun terbabit turut dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg