Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Polis ingatkan henti ‘simbah minyak dalam api’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis ingatkan henti ‘simbah minyak dalam api’

Mar 27, 2024 | 04:52 PM



PETALING JAYA: Polis Malaysia mengingatkan supaya semua pihak berhenti mempolemikkan isu terkait kaum, agama dan raja (3R) susulan kontroversi stoking bercetak kalimah Allah, bagi mengelak keadaan memburuk.


“Bawa bertenang, jangan burukkan keadaan, cukup-cukuplah,” nasihat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Peringatan itu ekoran kebimbangan insiden rusuhan antara kaum seperti yang berlaku di Kampung Medan, di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira dua dekad lalu berulang.

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara kaum India dengan Melayu pada Mac 2001, menyebabkan ketegangan kaum hingga membabitkan kes kematian. 

“Pihak kami bimbang sekiranya perkara sebenarnya tidak melibatkan isu perkauman, tapi libatkan dua (pihak) dari kaum berbeza akhirnya menjadi pemangkin isu ini (perkauman).

“Kami tak nak lihat lagi insiden Kampung Medan atau mana-mana rusuhan kaum berlaku kerana ia hanya memburukkan imej negara. Semua pihak perlu bertenang,” katanya.

Menurut Datuk Mohd Shuhaily, individu yang didapati cuba untuk menimbulkan konflik antara kaum akan dibawa ke muka pengadilan dan orang ramai diminta tidak bertindak secara melulu.

Katanya, beberapa individu sudah didakwa berhubung isu 3R pada 26 Mac dan ia membuktikan keberkesanan sistem perundangan negara, walaupun undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sudah dimansuhkan.

“Biar sistem keadilan melaksanakan tugasnya, itu menunjukkan kematangan rakyat dalam menangani masalah sensitif dalam negara.

“Kalau dulu kita ada undang-undang pencegahan dan ia telah dimansuhkan kerana dikatakan kematangan masyarakat dalam membincangkan isu sensitif,” katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu memahami skop tugas pihak polis yang menjalankan tugas berlandaskan undang-undang dan bidang kuasa yang ditetapkan.

Beliau berkata walaupun undang-undang pencegahan sudah dimansuhkan, pihaknya akan menggunakan bidang kuasa mereka sebaiknya dalam menangani isu perkauman.

“Amaran saya sama, saya dah cakap tempoh hari (orang ramai) jangan ambil tindakan sendiri kerana akan memudaratkan diri sendiri.

“Ingat, setiap jenayah (dilakukan) akan didakwa di kemudian hari dan sekiranya dijatuhi hukuman, rekod itu akan kekal sepanjang hayat. Nanti nak cari kerja pun terjejas,” katanya.

Menurutnya sebagai orang Melayu beragama Islam, beliau memahami isu-isu membabitkan agama dan institusi diraja amat sensitif, namun merayu orang ramai supaya bersabar di bulan mulia Ramadan ini.

“Sabarlah, kami akan selesaikan banyak lagi masalah. Ada yang cuba bangkitkan semula isu lama dalam konteks 3R, janganlah simbah minyak ke dalam api, habis terbakar rumah nanti.

“Saya merayu semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama agar stand down (bertenang) buat masa ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >