Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sungai Golok di Kelantan cetek dek kemarau

Mar 25, 2024 | 1:02 PM
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand cetek hingga boleh dilalui dengan berjalan kaki dan dibimbangi meningkatkan risiko kes penyeludupan.
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand cetek hingga boleh dilalui dengan berjalan kaki dan dibimbangi meningkatkan risiko kes penyeludupan. - Foto SINAR HARIAN

RANTAU PANJANG (Kelantan): Musim kemarau ketika ini menyebabkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan, yang menjadi pemisah antara Malaysia dengan Thailand mulai kering.

Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau, sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul, sehingga sungai itu boleh diseberangi dengan hanya berjalan kaki.

Susulan itu Polis Kelantan memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan terutama ketika air Sungai Golok kering sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata penguatkuasaan dan kawalan akan dipertingkatkan dengan kekuatan pasukan dan kelengkapan yang ada merangkumi sempadan sungai sejauh 96 kilometer.

“Tidak kira Sungai Golok cetek atau tidak, menyeberang ke sempadan secara haram tetap satu kesalahan. Kalau hendak masuk ke kawasan sempadan mesti ada permit yang sah sama ada naik kereta atau motosikal,” katanya lapor Sinar Harian.

Beberapa lokasi didapati cetek membabitkan Pangkalan Haram Padang Bola, Pangkalan Haram Pasir dan Pangkalan Haram Sharipah, yang mana air surut sehingga paras 0.3 meter, malah ada yang kering sehingga menampakkan dasar sungai.

Penduduk, Encik Shaari Mazlan, 43 tahun, berkata kawasan dasar sungai di ketiga-tiga pangkalan itu agak tinggi dan menjadi antara lokasi awal untuk kering berbanding pangkalan lain di sepanjang Sungai Golok.

“Situasi ini berlaku apabila Rantau Panjang dilanda kemarau hampir sebulan. Bagaimanapun, beberapa kawasan lain seperti Pangkalan Haram Gergaji dan Baung masih perlu menggunakan khidmat perahu untuk ke seberang Thailand,” katanya.

Bagi Encik Mat Lazim, 60 tahun, paras sungai yang cetek dan boleh dilalui dengan berjalan kaki dibimbangi akan meningkatkan risiko kes penyeludupan di sempadan negara dan beliau berharap pihak berkuasa dapat meningkatkan penguatkuasaan dan kawalan.

Seorang penduduk, Encik Muhammad Zailani Che Awang, 48 tahun, berkata paras air Sungai Golok surut ketika musim kemarau adalah perkara biasa dengan paras air sungai berkenaan menurun dari lebih 5 meter (m) kepada 3.68m.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg