Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Terpedaya upah kerja 4 hari RM18,000, lelaki jadi mangsa sindiket penipuan kerja di Hong Kong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Terpedaya upah kerja 4 hari RM18,000, lelaki jadi mangsa sindiket penipuan kerja di Hong Kong

Jan 19, 2024 | 11:58 AM



PETALING JAYA: Gara-gara terpedaya dengan bayaran upah mata wang kripto 4,000 USDT (RM18,000/$5,111) untuk bekerja selama empat hari di Hong Kong, seorang lelaki Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan apabila dikurung dan dipaksa bekerja.

Mangsa berusia 30 tahun itu dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan ‘KK Garden’ dan masih terperangkap di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar, sejak Disember 2023.

Kejadian menimpa mangsa terbongkar apabila adik lelakinya, Encik Choo Wei Mun, 27 tahun, melihat perbualan abangnya di aplikasi WhatsApp melalui peranti elektronik lelaki itu yang ditinggalkan di rumah keluarga di Segambut, Kuala Lumpur.

Menceritakan kejadian, Encik Choo berkata abangnya keluar rumah pada 13 Disember lalu dengan memberitahu keluarga mahu ke Johor Bahru selama tujuh hari.

“Selepas seminggu, abang tidak pulang ke rumah dan keluarga cuba menghubunginya namun gagal. Saya berhubung dengan teman wanita abang sebelum diberitahu abang sebenarnya ke Bangkok, Thailand, untuk bekerja.

“Sejak itu, abang sudah tidak boleh dihubungi lagi. Saya kemudian memeriksa barangan peribadi abang sebelum menemui peranti elektroniknya yang mempunyai WhatsApp Web dan dapat membaca perbualan abang bersama rakannya.

“Abang mahu meminjam wang 31,000 USDT (RM140,000) daripada rakannya itu untuk membayar tebusan kepada sindiket bagi membolehkan dia pulang ke Malaysia,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 18 Januari.


Bercerita lanjut, Encik Choo berkata beliau turut menghubungi abangnya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diceritakan bahawa abangnya telah dibawa ke Myawaddy dari Bangkok oleh sindiket penipuan pekerjaan.

Berikutan bimbang keselamatan abangnya, Encik Choo tampil membuat laporan polis dan meminta bantuan daripada Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) untuk menyelamatkan abangnya.

“Saya merayu bantuan pihak berkuasa dan MHO untuk membawa abang saya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan MHO, Encik Daniel Khoo, berkata pihaknya akan berusaha menyelamatkan mangsa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara berkenaan, pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia.

Beliau berkata MHO akan berbincang dengan mangsa mengenai jalan penyelesaian bagi membawanya pulang dan perlu melihat kepada situasi yang sesuai bila mangsa boleh diselamatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >