Tiada tindakan diambil bagi kes kait mantan PM M’sia dengan serangan anak Rafizi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada tindakan diambil bagi kes kait mantan PM M’sia dengan serangan anak Rafizi

Feb 5, 2026 | 2:26 PM

Tiada tindakan diambil bagi kes kait mantan PM M’sia dengan serangan anak Rafizi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ismail Sabri Yaakob, serangaan anak rafizi ramli
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan kes fitnah mengaitkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, dikelaskan sebagai, “Tiada Tindakan Lanjut”.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis di Dang Wangi bertarikh 18 Ogos 2025.

“PDRM membuka kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan dirujuk kepada AGC pada 23 Disember 2025 dan pihak AGC memutuskan untuk mengklasifikasikan kes ini sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut),” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Rafizi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status siasatan pihak berkuasa (PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)) terhadap satu laporan yang dibuat Setiausaha Akhbar Datuk Ismail Sabri, pada 18 Ogos 2025.

Laporan itu berhubung fitnah disiarkan di satu laman Facebook mengaitkan Datuk Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera (Pahang) itu dengan serangan terhadap anak Datuk Rafizi.

Datuk Saifuddin Nasution turut menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan laporan analisis profil oleh SKMM yang tidak dapat mengenal pasti pemilik akaun berkenaan serta tidak dapat mengaitkan mana-mana individu secara muktamad dengan akaun Facebook itu.

Anak lelaki Datuk Rafizi yang berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira 2 petang pada 13 Ogos 2025.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki mengekori kereta yang dipandu isterinya dengan menggunakan motosikal sebelum kejadian.

Beberapa hari kemudian, Datuk Ismail Sabri membuat laporan kepada SKMM dan pihak polis terhadap laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu serta fitnah mengaitkannya dengan serangan tersebut.

Datuk Rafizi turut menafikan dakwaan mengaitkan Datuk Ismail Sabri dengan serangan terhadap anaknya.

Pada 30 Januari lalu, Datuk Rafizi berkata beliau bersedia menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution, untuk meminta siasatan kes serangan ke atas anaknya dihentikan sekiranya tiada perkembangan positif.

Datuk Rafizi dilaporkan berkata beliau masih mempercayai proses siasatan sedang berjalan, namun ia sudah melalui tempoh panjang sejak Ogos 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg