Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga lelaki berparang samun taska di Selangor, tampar guru depan budak

Apr 22, 2025 | 11:34 AM
Tiga lelaki bersenjata menyamun sebuah taska dalam kejadian di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor, ketika guru dan pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska itu kira-kira 9.35 pagi, 21 April.
Tiga lelaki bersenjata menyamun sebuah taska dalam kejadian di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor, ketika guru dan pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska itu kira-kira 9.35 pagi, 21 April. - Foto ASTRO AWANI.

SABAK BERNAM (Selangor): Dua guru taska (pusat asuhan kanak-kanak) disamun rantai emas oleh tiga lelaki bersenjatakan parang dengan disaksikan 10 murid, dalam kejadian di taska dekat Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor, pada 21 April.

Dalam kejadian 9.35 pagi itu, guru berkenaan juga ditampar di pipi kiri dan kanan, dengan suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar memaklumkan disamun tiga lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Bezza.

Beliau berkata ketika kejadian, dua guru wanita dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska itu.

“Ketiga-tiga suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam premis dan melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik dua guru terbabit.

“Polis menerima maklumat, salah seorang suspek bersenjatakan parang bertindak agresif dengan menampar guru wanita terbabit sebanyak dua kali di bahagian pipi kiri dan kanan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Astro Awani.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat dua guru, seorang pembantu dapur dan 10 kanak-kanak di premis berkenaan.

“Bagaimanapun tiada kanak-kanak cedera, namun dua guru taska mengalami kerugian selepas barangan kemas dan telefon bimbit dilarikan suspek,” ujar beliau.

Encik Md Yusof berkata usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani di talian 018-2510452 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg