Wanita di N. Sembilan ditahan kerana minum ketika live di TikTok

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita di N. Sembilan ditahan kerana minum ketika live di TikTok

Feb 25, 2026 | 12:53 PM

Wanita di N. Sembilan ditahan kerana minum ketika live di TikTok

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
n. sembilan, live, tiktok, Ramadan
Tangkap layar video seorang wanita sedang minum ketika bersiaran langsung di TikTok pada 22 Februari lalu. - Foto fail

SEREMBAN (Negeri Sembilan): Tindakan seorang wanita yang makan dan minum ketika membuat siaran langsung di TikTok pada bulan Ramadan membawa padah apabila beliau ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah, berkata wanita berkenaan ditahan kira-kira 12 tengah hari pada 24 Februari di rumahnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, untuk diambil keterangan.

“JHEAINS mengambil maklum dan memberi perhatian serius berkaitan satu hantaran di laman sosial TikTok yang tular pada 23 Februari lalu berkaitan video seorang wanita Muslim yang didakwa menghina atau mencela agama Islam.

“Hasil siasatan mendapati bahawa pemilik akaun TikTok berkenaan membuat siaran langsung kira-kira 6.45 petang 22 Februari lalu.

“Beliau berinteraksi bersama pengikutnya di media sosial berkenaan dan melakukan tindakan terbuka dengan makan dan minum ketika bersiaran langsung,” katanya dalam satu kenyataan pada 25 Februari, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, JHEAINS mengambil tindakan menahan pemilik akaun TikTok terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 berkaitan kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya masyarakat Islam dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap sensitiviti agama dan menghormati bulan Ramadan yang mulia ini dengan amalan dan perilaku murni sesuai dengan kehendak Islam.

“JHEAINS sentiasa komited memastikan setiap urusan berkaitan umat Islam di Negeri Sembilan diurus dengan tertib, penuh hikmah dan berlandaskan syariat Islam serta undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita dengan dialek Negeri Sembilan telah makan dan minum ketika bersiaran langsung di TikTok dengan alasan sedang berpantang.

Sementara itu dalam kes berasingan di Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan enam lelaki Muslim berusia 29 hingga 55 tahun, dalam operasi Ramadan di beberapa premis seperti kedai makan, restoran mamak dan kopitiam bukan Islam di Johor Bahru dan Tangkak, pada 24 Februari.

JAINJ dalam kenyataan pada 25 Februari berkata lupa bersahur, sakit dan penat menjadi alasan enam lelaki yang ditahan itu selepas ditangkap ketika sedang makan dan minum di khalayak ramai pada Ramadan.

“Semua lelaki ini ditahan mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg