Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura ditahan bersama 1.7kg dadah di Forest City

Feb 18, 2025 | 2:03 PM
Ketua Polis Iskandar Puteri, ACP M Kumarasan (kanan), bersama anggotanya menunjukkan dadah jenis heroin seberat 1.7 kilogram dan syabu seberat 67.13 gram yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Forest City pada 12 Februari lepas, serta berjaya menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 39 tahun yang dipercayai berperanan sebagai ‘runner’, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada 12 Februari lalu.
Ketua Polis Iskandar Puteri, ACP M Kumarasan (kanan), bersama anggotanya menunjukkan dadah jenis heroin seberat 1.7 kilogram dan syabu seberat 67.13 gram yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Forest City pada 12 Februari lepas, serta berjaya menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 39 tahun yang dipercayai berperanan sebagai ‘runner’, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada 12 Februari lalu. - Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Polis Johor menahan seorang lelaki warga Singapura yang berperanan sebagai orang tengah atau runner bersama hampir dua kilogram (kg) dadah di sebuah pangsapuri dekat Forest City, Johor Bahru pada 12 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya M Kumarasan, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri melakukan serbuan pada 8.40 malam di pangsapuri yang disewa suspek berusia 39 tahun itu.

“Siasatan awal mendapati suspek beroperasi sejak Julai 2024 lalu. Dalam serbuan itu, kita merampas 1.7kg heroin bernilai RM13,722 ($4,150) yang boleh digunakan untuk 1,700 penagih dan 67.13 gram syabu bernilai RM7,384 yang boleh digunakan 145 penagih.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah bernilai RM21,106 dan kita turut menyita sebuah kereta jenis Audi A5 berwarna hitam bernilai RM32,000 selain satu jam tangan besi warna keemasan bernilai RM550.

“Jumlah keseluruhan rampasan sitaan RM32,550 manakala keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM53,656,” katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri pada 17 Februari, lapor Harian Metro.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek memperoleh bekalan dadah dari Malaysia sebelum menjadi runner dan mengedarkannya di pasaran luar negara.

Encik Kumarasan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan terbabit.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan juga boleh dikenakan sebatan.

“Suspek ditahan reman seminggu bermula 12 Februari untuk membantu siasatan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg