Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penyertaan ‘mata-mata’ dibuka, menang hadiah dalam peraduan bulanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Imbau kembali foto lama
41365
0

Penyertaan ‘mata-mata’ dibuka, menang hadiah dalam peraduan bulanan

Ciri baru BH mengajak pembaca sumbang berita, foto dan video
Feb 28, 2024 | 06:52 PM



Penyertaan kini sudah dibuka untuk ‘mata-mata’, ciri baru di laman web Berita Harian (BH).


Para pembaca dan masyarakat umum boleh menyumbang berita, maklumat, foto dan video menerusi ‘mata-mata’. 

Mereka boleh memilih daripada tiga kategori untuk membuat sumbangan.

Orang ramai yang ingin menyumbang berita, maklumat, foto atau video menarik yang ingin dikongsi dengan anggota masyarakat lain boleh memilih kategori Berita Netizen.


Bagi mereka yang mempunyai gambar-gambar lama dan penuh nostalgia, boleh mengongsinya menerusi kategori Imbau Kembali Foto Lama.


Kategori Peraduan Bulanan Bertema pula membuka ruang lebih kreatif untuk pembaca mengirimkan gambar mengikut tema di samping menawarkan insentif kepada pembaca.


Dalam peraduan bertema Ramadan pada Mac, penyertaan gambar terbaik berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai $100 manakala dua penyertaan terbaik lain masing-masing berpeluang menerima baucar $50. 

Inisiatif ‘mata-mata’ adalah sebahagian daripada usaha berterusan BH untuk meningkatkan interaktiviti dan lebih mendekati para pembacanya. 

Ini adalah sejajar dengan strategi dan pendekatan digital yang diambil oleh akhbar itu bagi memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat hari ini.

Editor ‘mata-mata’ yang juga Penolong Editor Berita, Cik Atiyyah Mohamed Said mengalu-alukan penyertaan para pembaca dan berharap usaha ini akan mendekatkan lagi BH dengan masyarakat. 

“Sumbangan masyarakat amat penting dan bermakna dalam perkembangan berita. Maka itu, kami berharap usaha ‘mata-mata’ akan dilihat oleh pembaca sebagai satu cara untuk mereka menyumbang kepada dunia berita.” 

Mengenai tema Ramadan yang dipilih bagi peraduan bulanan Mac ini, Cik Atiyyah menjelaskan: 

“Tema ini dipilih bertepatan waktu dalam kita menyambut kehadiran bulan puasa di Singapura dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan. 

“Tentunya begitu banyak pengalaman dan kenangan menarik yang disimpan oleh para pembaca dan boleh dikongsi bersama dengan masyarakat.” 

Usaha lain yang dijalankan BH untuk merangsang daya interaktiviti lamannya ialah alat terjemahan, yang membolehkan pembaca menterjemah laporan berita daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan segera.

Kemudahan itu telah mendapat pengiktirafan di Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA, dengan meraih perak dalam kategori Projek Terbaik bagi Kecelikan Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >