SEBANYAK 156 kes masyarakat dilaporkan semalam, dengan 48 daripadanya mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikenakan perintah kuarantin.
29 kes lain dikesan melalui pemantauan sementara baki 79 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).





