TERDAPAT 15 kes tiada kaitan di antara 53 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat sehingga petang semalam, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan 31 kes berkaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin manakala tujuh kes pula berkaitan dengan kes terdahulu dan dikenal pasti menerusi pemantauan.





