ISKANDAR PUTERI (Johor): Sebanyak 2,342 syarikat berpangkalan di Johor dikenal pasti berpotensi menyertai rantaian bekalan pelabur Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), ketika kerajaan negeri merangka langkah memperluas penyertaan perusahaan tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata jumlah itu sebahagian daripada 5,245 syarikat tempatan yang dikenal pasti menerusi laporan awal kajian...




