PARIS: Pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic mengesahkan beliau akan beraksi di sukan Olimpik Tokyo, yang akan memberinya peluang untuk menjadi pemain lelaki pertama meraih Grand Slam Emas dalam tahun sama.
Djokovic, yang menyamai rekod 20 gelaran Grand Slam selepas memenangi kejohanan Wimbledon keenamnya minggu lalu, sebelum ini berkata beliau tidak pasti sama ada akan mengambil bahagian dalam Olimpik...





