Gabungan pihak media, tokoh sukan dan rakan masyarakat berkesan dalam mengembangkan potensi kanak-kanak dan mencapai impian mereka, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Memetik contoh Kem Bola Sepak Berita Harian (BH)-Singa Legends yang berlangsung dari 24 hingga 25 November, Encik Zaqy berkata kerjasama sedemikian memaparkan komitmen BH untuk terus mendekati masyarakat dan memainkan peranan dalam...




