Sekitar 70 ulama antarabangsa dan pakar setempat berhimpun di Seminar Penyelidikan Wakaf 2026 pada 25 November bagi meneliti bagaimana aset wakaf dapat dipelihara dan diurus secara mampan demi manfaat generasi akan datang.
Dianjurkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), seminar yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Lapangan Terbang Changi itu meneroka bagaimana prinsip Islam dapat memandu pengurusan wakaf dalam menghadapi kekangan...





