BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah mengenal pasti seorang belia perempuan yang didakwa menggunakan dadah menerusi satu alat dalam video yang tersebar dalam talian.
Individu itu sedang membantu dalam siasatan, dan telah dibebaskan kepada ibu bapanya dengan ikat jamin, kata CNB dalam satu kenyataan malam Sabtu (10 April).






