LONDON: Pemain midfield England Jesse Lingard, 28 tahun, berkata beliau belum memutuskan kembali ke Manchester United atau kekal di West Ham, setelah menunjukkan persembahan baik bagi kelab London itu.
Lingard menjaringkan lapan gol dalam sembilan perlawanan bagi West Ham sejak dipinjamkan Januari lalu, mendorong jurulatih David Moyes mengisytiharkan beliau berminat mendapatkan khidmatnya secara tetap.





