KUANTAN: Gelaran 'Datuk' telah ditarik balik daripada lima individu termasuk dua pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman.
Akhbar Harian Metro melaporkan, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.





