WASHINGTON: VARIAN koronavirus baru lagi mudah menjangkiti kini sudah merebak ke sekurang-kurangnya lapan negeri Amerika Syarikat, dedah data rasmi pada Jumaat (8 Januari) sedang negara kuasa besar itu mencatat jumlah rekod kes virus baru.
Strain koronavirus B117 yang dikesan di Britain lewat tahun lalu didapati antara 40 hingga 70 peratus lebih tular daripada varian sebelumnya.





