KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan dijangkiti Covid-19.
Menurut satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa (12 Januari), Datuk Seri Hamzah akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).





