Jemaah Singapura telah mula berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Dalam satu catatan Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jumaat, rombongan pertama jemaah haji sudah berlepas ke Jeddah pada Khamis dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.





