Sedang kanak-kanak sebayanya tidak mengenali pengasas jenama mewah Gucci, Guccio Gucci, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Max Alexander, yakin dia mempunyai kaitan rapat dengan pereka fesyen itu.
Alexander yang berada di Darjah 1 kini dianggap luar biasa dan ‘genius’ kerana sudah mampu mereka fesyen dan menghasilkan busana semuda usia empat tahun. Dia malahan berasakan dirinya adalah Gucci dalam kehidupan silamnya, katanya...





