BRITISH COLUMBIA: Nova Scotia, wilayah pantai timur Canada, kini ligat menjalankan kerja-kerja pembersihan ekoran hujan lebat yang menyebabkan banjir dahsyat pada Ahad sedang usaha diteruskan bagi mencari empat mangsa termasuk dua kanak-kanak yang hilang semasa banjir.
Hujan berserta ribut yang bermula pada Jumaat, merekodkan air hujan lebih daripada 25 sentimeter dalam masa 24 jam. Pakar meteorologi CBC, Encik Ryan Snoddon,...





