JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen disaran membuka laluan khas di kompleks sempadan Johor-Singapura pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.
Cadangan itu disuarakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pulai, Encik Suhaizan Kayat, kepada kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura pulang mengundi pada...





