KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Pakatan Harapan (PH), Encik Suhaizan Kayat dan Encik Nazri Abdul Rahman yang masing-masing memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada lewat Sabtu malam.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, menyifatkan kemenangan kedua-dua calon itu sebagai perkembangan positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan...





