Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Maliki Osman, akan menghadiri Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di New York dari 17 hingga 23 September 2023.
Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad, Dr Vivian dijangka menyampaikan kenyataan kebangsaan bagi Singapura...





