JOHOR BAHRU: Otak-otak, laksa Johor dan telur pindang telah diwartakan sebagai makanan warisan Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Kebudayaan negeri, Encik K. Raven Kumar berkata kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor sedang meneliti senarai makanan untuk memilih lebih banyak hidangan bagi mewakili negeri itu.





