Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha mendakwa masih menanti wang berjumlah RM10,000 ($2,893) daripada Astro yang tertunggak sejak 2022 sehingga sekarang.
Anak ketujuhnya, Cik Nor Azian, berkata pelawak itu diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung pada 29 Mei 2022 dan menerima wang berjumlah RM10,000.





