Peranan penting pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi penekanan masyarakat Melayu/Islam di sini demi mempertingkat keupayaan anak-anak dalam penimbaan ilmu daripada usia muda dan mencorak masa depan lebih cerah buat mereka.
Menyedari kepentingan ini, salah satu daya usaha yang dapat merancakkan momentum pendidikan awal kanak-kanak ini adalah menerusi penubuhan Tadika di Masjid, atau Mosque Based Kindergartens (MBK), seperti Prasekolah Masjid Ar-Raudhah.





