Dua lelaki lumpuh dari bawah dada sejak sekurang-kurangnya lima tahun lalu dek kemalangan, kini berupaya ‘berjalan’ selepas menjalani satu percubaan bermatlamat mengembalikan fungsi pergerakan kepada pesakit yang hilang sepenuhnya fungsi pergerakan ekoran kecederaan pada saraf tunjang (SCI).
Encik Sam Subian, 49 tahun, dan Encik Asyraf Ghazali, 28 tahun, telah menyertai percubaan dijalankan bersama Institut Neurosains Kebangsaan (NNI), Hospital Tan Tock...





