KAHIRAH: Seorang jurukamera Al Jazeera terbunuh akibat serangan dron pada 15 Disember ketika membuat liputan mengenai pengeboman sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal di Jaluran Gaza, lapor penyiar Arab itu.
Jurukamera Samer Abu Daqqa tidak dapat menerima rawatan perubatan selepas tercedera dalam serangan di Sekolah Farhana di Khan Younis dan meninggal dunia akibat kecederaannya...





