BANGKOK: Banjir yang disebabkan oleh hujan lebat telah menjejas berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan Thailand, kata pegawai pada 25 Disember, dengan beberapa jalan dan laluan kereta api terpaksa ditutup.
Puluhan buah sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat juga terpaksa ditutup, manakala rakaman video dari wilayah itu menunjukkan rumah dan kedai ditenggelami air keruh dan penduduk berlindung di tingkat atas.





