Johor dan Sabah menjadi dua negeri terbaru di Malaysia dilanda banjir, menjadikan enam negeri terjejas, dengan jumlah mangsa meningkat kepada 28,363 orang daripada 8,524 keluarga di 215 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 8 pagi 27 Disember.
Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Pusat (PKOP) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jumlah itu meningkat daripada 25,530 orang daripada 7,424 keluarga yang terjejas di...





