PASIR MAS (Kelantan): Banjir gelombang ketiga yang melanda lapan kampung di Mukim Siram di sini menjadi rahmat kepada seorang peniaga makanan ringan yang menjual ribuan batang sosej talam terkenalnya dalam masa tiga jam sahaja.
Cik Saida Fauzi, 55 tahun, berkata beliau mula menjual sosej itu beberapa hari lalu di Kampung Pohon Tanjong memandangkan kawasan itu merupakan lokasi transit mangsa banjir...





